Adakah anda sudah bersedia untuk bekerja di waktu malam? Ya, Malaysia dalam kerangka menukar waktu kerja daripada siang kepada waktu malam.
Namun, pertukaran masa bekerja itu bagi industri tertentu sahaja untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Jangan menggelabah, sebab bukan korang yang bekerja waktu siang 8 pagi hingga 5 petang itu ditukarkan masa bekerja kepada waktu malam.
Lapor Sinar Harian, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pendekatan baharu ini sebagai satu usaha kerajaan PH supaya wang negara tidak mengalir ke luar dan ekonomi negara dapat berkembang menerusi konsep berkongsi kekayaan dengan rakyat.
Menurut Dr Mahathir lagi, kebanyakan kerja dalam industri kotor, berbahaya dan sukar “dirty, difficult and dangerous” (3D) tidak sanggup dilakukan oleh rakyat kerana cuaca siang yang panas dan sebab itulah pekerjaan itu diserahkan kepada warga asing.
“Memang gelap pada waktu malam, tapi kita lihat ramai orang kaya main golf pada waktu malam dengan pemasangan lampu. Jadi tidak mustahil juga rakyat kita akan tanam padi pada waktu malam dengan pemasangan lampu, dan kita dapat selesaikan masalah panas.
“Mungkin ramai sukar terima tapi lama-kelamaan kita akan biasakan diri dengan cara macam ini, jadi dengan kerja pada waktu malam dengan bantuan lampu ia dapat mengurangkan tekanan berkerja dalam panas pada waktu siang,” – Perdana Menteri.
Dr Mahathir memberitahu tidak mustahil juga rakyat Malaysia akan menanam pada pada waktu malam dengan pemasangan lampu dan masalah panas tiada lagi.
Leave a Reply