Seorang petani terkejut apabila menemui sebuah kubur berusia 2000 tahun yang mengandungi tengkorak seolah-olah seperti dalam keadaan tersenyum.
Kubur tersebut terletak di Nikolskoye, Rusia telah ditemui oleh Rustam Modayev yang menyangka menemui peti harta karun selepas cangkulnya terkena sebuah periuk gangsa, lapor The Sun UK.
Rustam kemudiannya membawa penemuan itu ke Muzium Sejarah Wilayah Astkarkhan dan menurut penyelidik saintifik muzim, mereka menemui satu kubur diraja iaitu tapak penduduk nomad purba Sarmatian mengebumikan golongan bangsawan mereka.
“Kami menemui satu kubur diraja, salah satu tapak di mana penduduk nomad purba Sarmatian mengebumikan bangsawan mereka,” – penyelidik saintifik muzim.
Bukan itu saja, mereka turut menemui beberapa rangka manusia termasuk rangka ketua puak, tengkorak lelaki muda yang berbentuk seperti telur ayam, selain sejumlah harta dan senjata yang diperbuat daripada perak dan emas.
Leave a Reply