Perakam Doktor Kena Belasah Jawab Isu Tunggakan 11 Tahun Nafkah Anak

Pasti ramai yang sudah menonton rakaman video yang memaparkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Aiman membelasah doktor yang didakwa skandal kepada isterinya tempoh hari.

BACA : “Aku Nak Puas Pun Susah” – Skandal Doktor Dedah Punca Curang Dengan Suami

Namun, timbul pula cerita yang agak mengejutkan mengaitkan si perakam yang merupakan ayah tiri kepada Aiman dikenali sebagai Shah.

Beberapa hari selepas kejadian itu viral, menerusi posting di Facebook, seorang wanita yang dipercayai bekas isteri kepada Shah mendakwa dia mengabaikan nafkah anaknya selama 11 tahun.

“Jadi siapa-siapa yang boleh sampaikan pada tukang rakam video viral doktor kena pukul tu, kau claim kau tu bapak tiri si Aiman tu kan, pesan skit kat dia, anak tiri bukan main kau backup siap sokong lagi anak tiri kau pukul orang ye?

“Sayang sangat ke anak tiri. Tapi nafkah anak-anak sendiri yang dah 11 tahun tertunggak ni, kau pura-pura mati ye? Ha betul la tu. Si tukang rakam video tulah ex Kak Yoi. Cakap kat dia tolong sedar diri sikit. Bukan masa lagi dah nak acah-acah hero,” – tulis wanita itu di Facebook.

Namun, lelaki berusia 37 tahun itu tampil menjawab isu terbabit selepas ramai yang bertanya mengenai kesahihan dakwaan itu.

Posting yang viral di Facebook oleh Kak Yoi

Menurut portal mStar Online, Shah mengakui sudah bercerai pada 2008 dengan seorang wanita bernama Kak Yoi.

“Saya memang dah bercerai dengan bekas isteri pada 2008. Kiranya isu ni dah lama settle. Kami OK dah berlapang dada… dah move on pun sebab perkara ni dah lama.

“Saya berkahwin semula pun selepas empat tahun saya dan bekas isteri bercerai. Saya pun pelik kenapa dia tiba-tiba post macam tu. Saya pun tak tahu apa niat dia,” – jelas Shah kepada mStar Online.

Mengenai tuntutan nafkah yang tertunggak, Shah berkata tidak timbul soal itu selepas kedua-dua pihak bersetuju tidak membuat sebarang tuntutan di mahkamah syariah.

Dalam pada itu, Shah menjelaskan dia bukan sengaja mahu mensensasikan masalah rumah tangga anak tirinya itu tetapi mendakwa berbuat demikian atas permintaan Aiman sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*