Seorang lelaki didakwa cuba menyamun motosikal Yamaha Y15 milik penghantar makanan Grab Food, di Phileo Damansara, mengaku tidak bersalah bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret M Bharat, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.
BACA : Suspek Samun ‘Grabfood Rider’ Ditahan Polis, Seorang Masih Bebas
Terdahulu, sebuah rakaman video CCTV yang tular di media sosial dan pelaku di dalam video tersebut didakwa atas dua tuduhan mencederakan mangsa dan cuba merompak motosikal milik lelaki itu.
Mengikut pertuduhan pertama, dia bersama seorang lagi yang masih bebas dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan memukul Muhammad Amirul Adli Mohd Saharudin, 22 tahun, pada bahagian muka dan badan menggunakan ‘fork lock’ (pengunci kenderaan).
Mengikut pertuduhan kedua, dia bersama seorang lagi yang masih bebas didapati cuba merompak motosikal Yamaha Y15 milik mangsa.
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan oleh Abu Bakar Subianto, 33 tahun, yang juga subkontraktor itu di pintu hadapan Bangunan Phileo Damansara 2, Petaling Jaya, jam 2.53 petang, 9 Ogos lalu.
Pertuduhan pertama ke atas Abu Bakar dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau mana-mana daripada hukuman itu.
Bagi pertuduhan kedua, Abu Bakar boleh dihukum mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tujuh tahun dan denda.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mendekati mangsa.
Menurut Harian Metro, tertuduh yang diwakili peguam Datuk Suraj Singh memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai anak berusia 12 tahun.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan tidak mendekati mangsa, namun tertuduh ditahan reman di Penjara Sungai Buloh kerana gagal membayar jaminan.
Gambar suspek samun penghantar makanan Grab Food yang masih bebas.
Sehingga kini polis masih memburu seorang lagi rakan suspek yang terbabit dalam kejadian itu. Ini bermakna, suspek yang botak masih bebas rupanya, iaitu gambar suspek kehilangan handphone semasa cuba merompak mangsa.
Leave a Reply