Anak Jatuh Ketika Bas Berhenti Brek Mengejut, Penumpang Mengamuk & Lempar Kata-kata Kesat Pada Pemandu Bas

Sebuah rakaman video berdurasi lima minit empat saat yang viral di media sosial memaparkan seorang penumpang wanita tidak puas hati terhadap pemandu bas GO KL selepas memberhentikan brek dengan mengejut.

BACA : Halang Polis Buat Kerja, Pemandu Lori & Isteri Mengaku Tidak Bersalah

“Saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak sengaja betul,” – rayu pemandu bas kepada wanita itu.

Aksi pemandu bas wanita itu sempat dirakam penumpang lain dan kisah berkenaan mendapat perhatian warganet selepas rakaman video berdurasi lima minit empat saat itu tular di laman sosial sejak semalam.

Menerusi rakaman yang dirakam oleh penumpang lain, penumpang wanita terbabit dilihat mengeluarkan kata kesat kepada pemandu bas kerana brek mengejut menybabkan anaknya terjatuh dan hampir dihempap penumpang lain.

Meskipun berterusan dimarahi, pemandu bas berkenaan bersikap tenang kerana enggan keadaan menjadi bertambah tegang.

Kekecohan itu berakhir selepas pemandu berkenaan memenuhi permintaan penumpang untuk memohon maaf kepadanya.

Pemandu bas berkenaan turut memberi alasan terpaksa memberhentikan bas mengejut bagi mengelak melanggar sebuah kereta yang berada pada jarak dekat.

“Hello miss (Cik), saya minta maaf, ampun, sorry (maaf). Saya tak sengaja (brek), sebab ada kereta tadi.

“Kereta dari belakang (mencelah) sebab itu terpaksa brek. Bukan sengaja nak brek emergency (kecemasan).

“Kalau sengaja, setiap kali berhenti saya brek kecemasan,” – pemandu bas.

Dalam pada itu, netizen memuji pemandu wanita berkenaan kerana bersikap tenang serta tidak melayan provokasi penumpang yang menghamburkan kata kesat kepadanya.

Sumber : Harian Metro, Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*