Seorang penonton filem seram Villa Nabila didakwa diserang histeria semasa menonton filem arahan pengarah muda Syafiq Yusof di panggung wayang AEON Tebrau, Johor Bahru.
Suasana di dalam panggung wayang terus bertukar menjadi kecoh dan menyebabkan penayangan filem Villa Nabila terpaksa dihentikan serta merta menyebabkan penonton lain bengang kerana tidak dapat menghabiskan filem tersebut.
Filem Villa Nabila ini berdasarkan kisah benar mengenai banglo usang yang seram dan terkenal di Johor Bahru yang dibintangi pelakon utama oleh Pekin Ibrahim & Tisha Shamsir.
Mengenai isu histeria kerana menonton filem Villa Nabila ini, ada pihak yang mendakwa ini adalah strategi untuk mempromosi filem seram ini. Tak tahu betul atau tak.
VIDEO PENONTON VILLA NABILA DISERANG HISTERIA
Filem Villa Nabila hasil kerjasama Skop Productions & Viper Studios
Leave a Reply