Tidak terlintas di dalam kepala, bagaimana pengepit berada di dalam kemaluan selama empat tahun tanpa rasa sakit.
BACA : Pecah Rekod Dunia, 526 Gigi Dikeluarkan Pada Gusi Budak 7 Tahun
Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 22 tahun yang mengakui memasukkan pengepit kecil ke dalam urethra (salur kencing).
Susulan daripada itu, pasukan perubatan terpaksa menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan objek tersebut dan doktor menggunakan teknik tekanan pada kedua-dua belah zakarnya untuk memastikan alatan berukuran 2.7 inci itu mengepit, dalam usaha mengeluarkannya.
Sekiranya mereka mengeluarkannya semasa ia dalam keadaan biasa (terbuka), bahagian hujungnya yang tajam boleh merosakkan saluran tersebut.
Namun, tujuan lelaki terbabit memasukkan alat itu ke dalam dalam alat sulitnya tidak diketahui, tetapi sesetengah lelaki sememangnya suka melakukan perkara-perkara seperti itu.
Menurut portal Metro.co.uk, lelaki itu pergi ke klinik di Arab Saudi dan mendedahkan sejarahnya memasukkan barang logam ke dalam urethranya, sama ada untuk kepuasan seksual atau pun dilakukan ketika seseorang itu mabuk atau mengalami masalah psikiatri.
Pecah Rekod Dunia, 526 Gigi Dikeluarkan Pada Gusi Budak 7 Tahun
Leave a Reply