Baru-baru ini viral mengenai sebuah kereta Perodua Kancil yang kelihatan seperti besi buruk bagi sesetengah netizen, namun masih gagah berjalan di atas jalan raya, malah masih dapat berjalan jauh.
Video yang dikongsikan di laman Twitter oleh @My_CrimeWatch, mendapat perhatian netizen apabila ramai yang berkongsikan video dan gambar mengenai Kancil hijau terbabit.
Apa yang menariknya, semasa netizen melihat kereta Kancil yang pintu hadapan diikat itu di sepanjang Jalan Kuching, rupa-rupanya sehari sebelum itu, netizen lain mendakwa menjumpainya di Kampar, Perak yang jaraknya hampir 166 km.
Namun, pengembaraan ‘Kancil Buruk’ itu terhenti apabila ditahan oleh anggota polis trafik dan telah dibawa menaiki lori, berkemungkinan akan disita kerana membahayakan keselamatan pemilik serta pengguna jalan raya yang lain.
Perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen dan ada antara mereka mahukan pihak Perodua menghadiahkan kereta yang baharu kepada pemilik ‘Kancil Buruk’ itu memandangkan kesetiaannya kepada kereta terbabit. Heh!
Biasa kita tengok gambar, kali ini kita tengok video. Sekarang berada di kawasan Prai, Pulau Pinang. pic.twitter.com/hsRZYhT3dK
— MyWatch (@My_CrimeWatch) September 12, 2019
Leave a Reply