Mengenai isu bayaran BR1M 2015 yang pertama di mana masih ramai yang tertangguh dan belum menerima bayaran yang sepatutnya diterima pada Januari lepas, sudah pasti risau kerana sehingga sekarang masih belum menerima bayaran masing-masing.
[LIHAT TARIKH BAYARAN BR1M 2015]
Apa yang kami perolehi dari sumber yang boleh dipercayai, untuk penerima BR1M 2015 yang tertangguh, pembayaran pertama ini akan dibayar secara tunai melalui bank yang akan diberitahu melalui surat pemberitahuan yang akan anda terima dalam masa terdekat ini.
Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, salah satu sebab utama anda tidak menerima bayaran pertama melalui akaun bank disebabkan terdapat masalah nombor akaun yang anda kemukakan kepada pihak LHDN sama ada melalui borang online mahu pun manual.
Di bawah adalah contoh surat pemberitahuan mengenai pembayaran pertama hanya boleh dilakukan secara tunai di bank yang dinyatakan.
(Surat BR1M 2015 pemberitahuan pembayaran / penunaian)
Sangat mudah, cuma bawa surat pemberitahun bayaran BR1M 2015 dan kad pengenalan sahaja ke bank dan anda akan mendapat bayaran BR1M 2015 yang pertama anda.
Kepada sesiapa yang masih belum menerima bayaran pertama BR1M 2015, bolehlah menunggu surat pemberitahuan ini dan jangan lupa untuk mengemaskini nombor akaun bank anda untuk bayaran kedua dan ketiga nanti ya!
Says buat semak kan asyik2 permohonan sdg diproses.
Ntah berapa lama nk prose’s permohonan saya dah masok 1 bulan sdg diproses
Untuk makluman tuan dan puan bayaran brim pertama telah bjaya dkreditkan k akaun suami saya.tapi bayaran brim untuk kali kedua pada bulan mei 2015 suami saya masih tak dapat lagi..sdangkan dalam status pemohonan suami ia lulus dan duit brim telah dmasukkan k akaun suami saya..tapi bila saya dan suami pergi check tak ada pun duit brim masuk..jangan2 byaran bagi ketiga ni macam byaran kdua pula..apa masalah nya?