Penduduk di Garut, Jawa Barat, Indonesia kecewa apabila seorang lelaki ditahan selepas didakwa mencipta permainan yang menghina dan mengejek agam Islam serta Nabi Muhammad SAW.
BACA : Hina Islam & Arwah Muhammad Adib, Chow Mun Fai Dipenjara 30 Bulan
Menurut portal Tribunnews, Irwan Guswanto berusia 38 tahun itu ditangkap polis di rumah mertuanya selepas laporan polis dibuat oleh orang ramai mengenai aplikasi Remi itu.
Menerusi laman Twitter, seorang pengguna memuat naik mengenai permainan online tersebut dan meminta netizen membuat laporang mengenai permainan itu.
Irwan ditahan polis pada 11 November, lebih kurang jam 9 malam dan seramai 12 anggota polis telah menggeledah rumah itu dan merampas telefon bimbit, laptop, buku serta dokumen yang membabitkan permainan tersebut.
Semasa polis menangkap Irwan, rata-rata penduduk di situ terkejut dan tidak percaya kerana menurut penduduk di situ, Irwan dikatakan rajin ke masjid menunaikan solat jemaah.
Paparan aplikasi permainan online Remi Indonesia
“Ramai yang terkejut dia (Irwan) ditangkap polis. Apatah lagi selepas diberitahu sebab ditangkap kerana mencipta permainan yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad,
Dia (Irwan) seorang yang bagus dalam pergaulan dan menjaga solat lima waktu secara berjemaah di masjid” – penduduk di Garut.
Hasil laporan daripada netizen, permainan tersebut tidak dapat lagi dimuat turun dan sudah tiada di dalam Play Store.
Dalam pada itu, Irwan kini masih berada di bawah tahanan polis untuk siasatan lanjut dan polis masih melakukan pemeriksaan alat bukti di laboratorium digital forensik.
Leave a Reply