Sebelum ini, pemandu kereta Honda City S+ mendedahkan dia dikasari oleh ejen penarik kereta dan mendakwa penarik kereta tersebut lagak tidak ubah seperti penyamun sehingga menyebabkan dia terpaksa menyembur racun seranggan ke arah mereka.
Namun, menerusi laman sosial Facebook, sekali lagi D’Ben Al Shariff memuat naik video penuh sebelum kejadian wanita yang dikenali sebagai Nurul Adlina menjerit perogol dan peragut sehingga mendatangkan curiga orang di sekeliling.
“Katanya abang repo berkasar dengan dia, korang nilaikanlah sendiri sapa kaki spin sebenarnya.” – tulis D’Ben Al Shariff bersama video
Jika dilihat dalam video berdurasi lima minit dan lima saat itu, wanita itu dilihat sempat berbincang dengan perakam yang dipercayai penarik kereta yang mengenakan kopiah putih di dalam kereta.
Nurul menjelaskan dia tidak dapat membayar kereta tersebut selama tiga bulan kerana tidak bekerja dan meminta diberikan sedikit masa untuk menjelaskan tunggakan itu.
Penarik kereta faham situasi tersebut dan bercakap dalam nada yang lembut tidak seperti kenyataan Nurul sebelum ini yang mendakwa penarik kereta berkasar dengannya.
Penarik kereta itu menasihatkan Nurul supaya berbincang dengan pihak Maybank sekiranya mahu meminta diberikan masa dan ejen berkenaan turut menawarkan diri untuk membawa Nurul ke Maybank sekiranya mahu berbincang.
Nurul kemudian menghubungi suaminya untuk berbincang denan penarik kereta namun penarik kereta dimarahi dengan kata-kata kesat menyebabkan ejen berkenaan terpaksa memanggil bantuan dari pihak polis kerana tiada penyelesaian.
Jadi, korang nilaikan sendiri, sekarang siapa yang ‘sembang kari’? Sekejap nak call ayah, sekejap nak call suami.
Dalam laporan polis lain, dalam kenyataan di Facebook pun lain. Kalau serah kereta tu, rasa-rasa rakyat Malaysia yang lain tak kan tahu yang kereta tu tak bayar selama 6 bulan!
Video penuh sebelum ‘Wanita Ridsect’ sembur penarik kereta dengan Ridsect
- g1m2045 (1)
Leave a Reply