Gara-gara video gurauan isteri Izzue Islam yang menconteng muka semasa Izzue sedang tidur, isteri penyanyi dan pelakon itu dikecam oleh peminat dan netizen di laman media sosial.
BACA : 6 Tahun Berkahwin Tiada Anak, Izzue Islam Kecewa Dituduh Mandul
Satu rakaman pendek yang memaparkan isteri Izzue, Awin Nurin yang menconteng muka Izzue menggunakan pen dan ketawa berdekah selepas gelagat suaminya yang comot mukanya bangun dari tidur.
“Kene lagi aku! Takpelah, 1 je harapan aku. Andai kata ade rezeki dapat anak, biarlah anak aku ni perangai sama macam @awinnurin.
“Biarlah dia nak conteng muka ke kereta ke baju ke atau ape2 je lah yg ade pada aku.
“Jangan dia conteng hati & perasaan orang yg belum tentu orang tu akan maafkan dia (jgn conteng arang dimuka bapak sudah! ),” – tulis Izzue di Instagram.
Video tersebut menerima kecaman hebat daripada setengah netizen yang mendakwa Awin sengaja mengaibkan suaminya dan membiarkan semua orang melihat suaminya diaibkan.
Ada juga netizen yang mengatakan muak melihat gurau senda pasangan terbabit yang dikatakan melakukan benda yang sama sahaja untuk menarik perhatian ramai.
Namun, Izzue menjawab semua kecaman tersebut dengan menjelaskan yang dirinya tiada masalah dengan gurauan isterinya itu.
Leave a Reply