Sebuah video wanita menjerit meminta pertolongan yang kononnya ada peragut dan perogol viral di laman media sosial sejak pagi tadi.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pemilik Facebook Benjamin Al Shariff, sebenarnya wanita yang juga pemilik Honda City S+ itu enggan menyerahkan keretanya itu kepada penarik kereta yang ditugaskan untuk mengambil balik kereta tersebut.
Menurut penarik kereta itu, pemilik kereta tersebut gagal membuat bayaran bulanan selama lima bulan pada pihak Maybank Langkawi.
Walaupun wakil penarik kereta telah duduk di tempat duduk pemandu, wanita tersebut enggan menyerahkan kereta itu dan bertindak menyembur racun serangga Fumakilla terhadap penarik kereta yang merakam video itu sebagai bukti.
Sambil menyembur kepada penarik kereta, wanita itu sambil menjerit meminta tolong kononnya penarik kereta itu peragut dan perogol.
Wakil penarik kereta yang berkopiah itu keluar dari kereta dan terpaksa membiarkan wanita itu beredar dari kawasan tersebut.
Leave a Reply