Baru-baru ini, portal tempatan dan antarabangsa melaporkan lelongan sepasang kasut sukan mencatat rekod dunia apabila seorang pengumpul membayar sejumlah AS$437,500 (RM1.8 juta) untuk membeli edisi ‘Moon Shoe’ dari jenama Nike yang dikeluarkan pada tahun 1972.
Namun, apa yang mengejutkan, pemilik asal kasut tersebut adalah seroang lelaki yang berasal dari Kelantan.
Walaupun di Malaysia tidak membincangkan perkara ini, namun di bandar New York pemuda yang dikenali sebagai Hatu Guni (Facebook) itu menjadi perbualan hangat semenjak 24 Julai lalu.
Menurut rakan Hatu Guni yang dikenali sebagai Ide Adol, dia memberitahu menerusi Facebook, kasut tersebut adalah salah satu dari 12 pasang kasut simpannannya.
Bukan itu saja, malah kasut yang sudah berusia 47 tahun itu masih mempunyai kotak kasut yang telah disahkan asli.
Leave a Reply