Seorang pelanggan terkejut apabila melihat seekor cicak yang masih hidup di dalam bungkusan buah raspberry yang ingin dibelinya.
Tidak mahu memanjangkan cerita dan bimbang buah tersebut sudah tercemar, dia kemudiannya menyerahkan bungkusan itu kepada salah seorang petugas pasaraya berkenaan.
“Saya dihampiri seorang pelanggan dan dia bimbang jika buah itu sudah tercemar. Saya serahkan ia kepada penyelia saya,” – petugas pasaraya berkenaan, Laura Johnson.
Menurut Daily Star, jurucakap pasaraya memberitahu mereka sendiri tidak tahu bagaimana cicak boleh berada dalam bungkusan itu.
Kejadian tersebut menyebabkan pihak pasaraya di gedung Basildon, di Essex, United Kingdom itu akan menyiasat secara terperinci pembekal mereka.
- cicak pubg (1)
Leave a Reply