Kecoh di laman sosial Facebook, seorang lelaki kecewa dan sedih apabila memberli sup perut campur di bazar Ramadan Tun Dr Ismail, Kuala lumpur berharga RM98 sebungkus.
BACA : “Hati-hati Beli Ayam Di Bazar Ramadan” – Doktor
Perkongsian lelaki tersebut di laman sosial menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyifatkan harga sup yang dibeli pelanggan itu adalah melampau dan tidak munasabah.
“Sup perut campur usus campur lemak satu plastik ni RM98 dekat bazar Taman Tun. Aku ambil usus tiga keping setengah, perut dua keping, lemak satu.
“Makcik tu potong-potong letak dalam plastik campur kuah. Kemudian makcik tu cakap RM98. Terkejut aku RM98, lagi RM2 nak RM100. Terus balik dari bazar tak beli apa-apa,” – pembeli sup campur RM98
Namun, Gieanna Ali, seorang netizen yang merupakan pelanggan tegar kedai sup yang sama tampil bersuara dan mempersoalkan adakah benar harga sup campur tersebut RM98.
“Macam tak boleh terima RM98 untuk satu plastik. Kalau ye pun ambil banyak, takkan sampai RM98,” komen seorang netizen di Facebook.
Menurut mStar, Gieanna mendedahkan hanya sebuah gerai yang terkenal menjual hidangan sup perut campur di bazar Ramadan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.
Dia memberitahu sejak menjadi pelanggan setia pada 2005, dia tidak pernah membeli sup perut di gerai tersebut pada harga tidak munasabah seperti yang didakwa.
“Kebiasaannya, saya beli antara RM30 dan RM40 satu plastik. Pernah juga beli beberapa bungkus dan harga paling tinggi pun setakat kira-kira RM70.
“Lebih satu plastik tu boleh dimakan untuk empat hingga lima orang. Macam mana dia hanya beli satu plastik tapi boleh kena sampai RM98,” – Gieanna Ali
Gieanna mempersoalkan gambar yang viral itu hanya menunjukkan bungkusan plastik berisi sup belum dibuka tanpa menunjukkan kandungannya.
Leave a Reply