Gara-gara tidak sabar menunggu hidangan yang dipesannya di sebuah restoran KFC yang tengah disiapkan oleh pekerja di situ, seorang lelaki mengamuk dan membuat bising.
Video yang menunjukkan kejadian berlaku di KFC Teluk Intan itu, lelaki terbabit bersama seorang lagi lelaki menjerit marah pekerja KFC yang lambat menyiapkan ayam goreng yang dipesannya sambil menghentak meja.
“Berapa lama dah kita di sini? Saya dah bayar, mana dia? Berapa lama nak tunggu?
“Saya marah tau tak? Saya lapar tau!” jerit lelaki itu kepada staff KFC.
Lelaki terbabit juga berang dengan perkhidmatan restoran itu dan melemparkan kata-kata kesat sehingga mengganggu ketenteraman pelanggan lain dalam premis tersebut menyebabkan salah seorang pelanggan berhampiran meja mereka hilang sabar dan mula memarahi lelaki itu.
Pelanggan itu menjelaskan kakitangan di kaunter KFC sudah memberitahu bahawa pelanggan perlu menunggu kira-kira 20 atau 25 minit untuk ayam goreng siap dimasak.
“Woi! Woi! Sabar boleh tak! Saya tau, dia sudah beritahu 20-25 minit. You bising tau! Orang lain mau makan!” – pelanggan terbabit.
Mungkin terasa tercabar, lelaki tua berbaju kuning pula tampil mempertahankan ahli keluarganya itu dan bangkit berdepan dengan pelanggan terbabit dan menyebabkan pelanggan itu semakin marah lalu memarahinya bertubi-tubi serta mengajaknya keluar dari restoran itu sekiranya mahu bergaduh.
Bimbang dengan keselamatan diri, pelanggan yang lain menjauhkan diri dan lelaki tua tersebut duduk semula di meja mereka, manakala lelaki yang mencetuskan ketegangan ini duduk senyap selepas buku bertemu ruas.
Video lelaki mengamuk dalam KFC Teluk Intan
Orang lain pun lapar jugak, bawak2 la bersabar. Tak payahlah marah hentak2 meja. Dah orang lain marah tau pulak simpan ‘telur’ tu 😆⚡️Info pantas, join telegram 🔥 https://t.me/blogtehpanas
Posted by TEHPANAS on Saturday, 4 May 2019
Leave a Reply