Hina Kemaluan Bekas Isteri Berbau Ikan Masin, Pelakon Bakal Dipenjara Selama 6 Tahun

Gara-gara menghina kemaluan bekas isteri berbau ikan masin, pelakon Indonesia, Galih Ginanjar akan berdepan dengan hukuman penjara maksimum selama enam tahun.

Pelakon lelaki Indonesia itu didakwa mencemarkan nama baik bekas isterinya, aktres Fairuz A Rafiq di dalam sebuah program talkshow.

Menerusi sebuah program talkshow yang disiarkan di laman YouTube, Galih dikatakan telah memburukkan nama baik Fairuz dengan menceritakan hal peribadi secara terbuka dan menceritakan aibnya ketika mereka masih bergelar suami isteri, lapor CNN Indonesia.

Selepas menonton video tersebut di Youtube yang memaparkan Galih secara terbuka bercerita kepada hos Rey Utami serta penonton lain mengenai hubungan seks antara mereka hanya bertahan selama 15 minit sahaja menyebabkan Fairuz terus membuat laporan polis.

Bukan itu saja, Galih mengaibkan Fairuz dan mendakwa kemaluan bekas isterinya berbau seperti ikan masin!

Bengang dengan penghinaan tersebut yang mengaibkan Fairuz, seluruh keluarga wanita itu marah dan bertegas untuk memanjangkan perkara ini ke muka keadilan.

Sumber : Gempak

Carian Anda :

4 Trackbacks / Pingbacks

  1. Hina Kemaluan Bekas Isteri Berbau Ikan Masin, Pelakon Bakal Dipenjara Selama 6 Tahun - Info Sebenar
  2. "Ikan Masin Itu Makanan" - Galih Ginanjar Disiasat Polis 13 Jam, Nafi Hina Kemaluan Bekas Isteri - TEHPANAS
  3. “Ikan Masin Itu Makanan” – Nafi Hina Kemaluan Bekas Isteri, Galih Ginanjar Disiasat Polis 13 Jam - Info Sebenar
  4. Dipenjara Kerana Dakwa Kemaluan Bekas Isteri Bau Ikan Masin, Galih Ginanjar Alami Gatal-gatal Dalam Penjara - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*