7 Aplikasi Lakukan Intipan Rahsia, PDRM Gesa Pengguna Padam Dari Peranti Mereka

Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) siang tadi telah meminta pengguna telefon pintar untuk memadam tujuh aplikasi sekiranya ia terpasang dalam peranti milik anda.

Kesemua aplikasi berkenaan dikesan mampu menjejak dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan yang telah dibuat.

#JomBeringat
BUANG SEGERA TUJUH APLIKASI INI DALAM PERANTI ANDA

Penyelidik ancaman keselamatan siber dari Syarikat Avast yang berpengkalan di Republik Czech telah menyenaraikan tujuh aplikasi dalam Google Play Store yang didapati melakukan intipan terhadap para pengguna melalui peranti pintar.

Aplikasi-aplikasi berkenaan dikesan mampu menjejak dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan yang dibuat.

Aplikasi-aplikasi tersebut ialah:
1. Track Employees Check Work Phone Online Spy Free;
2. Spy Kids Tracker;
3. Phone Cell Tracker;
4. Mobile Tracking;
5. Spy Tracker;
6. SMS Tracker; dan
7. Employee Work Spy.

Kesemua aplikasi berkenaan telah pun dibuang oleh pihak Google dari pangkalan Play Store, namun sejumlah 130,000 muat turun telah direkodkan sebelum ia dikesan mengancam keselamatan.

Para pengguna Android dinasihatkan untuk memeriksa aplikasi yang dimuat turun di peranti pintar masing-masing dan nyahpasangkan (uninstall) segera jika terdapat aplikasi yang disenaraikan.

Pengguna juga diminta agar tidak memuat turun sebarang aplikasi yang tidak dipastikan kegunaan dan tahap keselamatannya.

Walaupun semua aplikasi tersebut telah dibuang oleh pihak Google menerusi Google Play, namun 130,000 muat turun telah direkodkan sebelum ini.

Namun, hanya pengguna Android sahaja yang berhadapan dengan masalah ini dan pengguna iOS harap bertenang kerana anda tidak terkesan dengan permasalahan aplikasi ini.

Sumber : Facebook PDRM

Video Skype Anggota Polis Usia 55 Tahun Viral, Tayang Alat Kemaluan Pada Awek Filipina

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*