Pasar Raya ST Rosyam Mart, Didakwa Guna Nama Rosyam Nor Sahaja?

Tiga hari lepas ramai yang berbangga dengan kejayaan Datuk Rosyam Nor berjaya membuka sebuah pasar raya dengan nama ST Rosyam Mart di Taman Setiawan.

BACA : Isu Anak Rosyam Nor Disuruh Buka Tudung : Rosyam Maafkan Kedai Hamleys

Namun, ada dakwaan pasar raya tersebut bukanlah milik Rosyam Nor sepenuhnya kerana huruf ‘ST’ untuk pasar raya Rosyam membawa maksud Sri Ternak di mana pemiliknya 100% bukan Melayu iaitu Sri Ternak Food Mart Sdn Bhd.

Ada juga yang mendakwa syarikat Sri Ternak hanya menggunakan nama Rosyam Nor untuk menarik minat pelanggan Melayu supaya membeli belah di pasar raya tersebut.

Ada juga yang mengatakan Rosyam Nor hanya memakan komisen (royalti) sahaja melalui perusahaan pasar raya ST Rosyam Mart itu.

Selain itu, ada yang berpendapat lebih baik Rosyam Nor memberitahu orang ramai yang dia sebenarnya bekerjasama dengan Syarikat Sri Ternak untuk mengusahakan pasar raya tersebut.

Tetapi, apa yang dapat kita lihat, harga barang- barang di dalam ST Rosyam Mart ternyata lebih murah dengan pasar raya besar yang lain.

Adakah harga yang murah tersebut kekal atau semata-mata hanya sempena pembukaan ST Rosyam Mart? Kita nantikan info terbaru nanti ya!

Klik pautan ini untuk mengetahui info mengenai Sri Ternak Rosyam Mart ini.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Malas Nak Buat Filem, Tak Laku, Bisnes Pasar Raya Lebih Untung" - Rosyam Nor - TEHPANAS
  2. “Malas Nak Buat Filem, Tak Laku, Bisnes Pasar Raya Lebih Untung” – Rosyam Nor - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*