Persengketaan antara pelawak Lan Pet Pet dan pengawal keselamatan, Pak Ya akhirnya menemui jalan penamat apabila mereka bersemuka di sebuah premis di Nilai malam tadi.
BACA : Pak Ya Kutip Derma Demi Teruskan Saman
Pak Ya yang tersenyum melihat kehadiran Lan Pet Pet telah memaafkannya dan mendakwa bukan disebabkan wang tetapi keinsafan diri Lan yang menyebabkan dia memaafkannya.
Tambah Pak Ya lagi, memandangkan Ramadan al-Mubarak akan tiba tidak lama lagi lebih baik mereka berbaik daripada memanjangkan sengketa pada bulan mulia.
Sebenarnya Pak Ya kasihan kepada Lan terutama dalam aspek karier dan reputasinya yang tercalar dan mendapat banyak kecaman selepas insiden itu.
“Asalkan Lan insaf dengan perbuatannya, itu sudah cukup. Saya akan berbincang dengan peguam untuk menarik balik permohonan rayuan supaya hukuman terhadap Lan disemak semula.
“Saya tidak akan meneruskan tindakan saman itu,” – Pak Ya.
Lan Pet Pet bersyukur kerana Pak Ya memaafkannya dan memberitahu berminggu-mingu fikirannya runsing dan tidak senang hati selagi tidak bersemuka dengan Pak Ya.
Gambar Lan Pet Pet sedang mencium Pak Ya tanda kemaafan
Namun, Lan terpaksa mengambil sedikit masa untuk bersemuka kerana perlu mencari nombor telefon dan memastikan Pak Ya bersetuju untuk bersemuka.
“Saya sedih dan insaf. Saya berjanji akan menjaga Pak Ya dan keluarga seperti famili sendiri. Saya merancang membawa Pak Ya dan isteri menunaikan umrah di Makkah, insya-Allah,” – Lan Pet Pet.
Gambar Lan Pet Pet sedang bermaafan (Kredit gambar : Berita Harian Online)
Alhamdullilah, Lan Pet Pet dan Pak Ya dah bermaafan dan Lan merancang untuk membawa Pak Ya dan isteri menunaikan umrah di Makkah. Terbaik!
Sumber : Berita Harian Online
Leave a Reply