Selepas dituntut untuk membuat permohonan maaf dalam tempoh masa 48 jam oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Yusmiliati atas urusan menukar maklumat jantina di MyKad, Nur Sajat telah mendakwa mengalami tekanan.
BACA : “Saya Tak Pernah Minta Tukar Jantina” – Sajat Tak Kenal Yusmiliati & Enggan Mohon Maaf
Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajad Kamaruzzaman telah berkongsi sebuah posting di laman Instagram miliknya menjelaskan dia telah ditahan di sebuah hospital sejurus selepas isu tersebut menjadi perbualan ramai.
Gara-gara tekanan tersebut, hampir keseluruhan badan Sajat termasuk celah ketiak telah menjadi kemerahan kerana mengalami alahan.
Malah, Sajat juga tertekan dengan pelbagai pertanyaan dari pihak media yang cuba menghubunginya sejak semalam untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu tukar maklumat jantina dalam MyKad tersebut.
Leave a Reply