Sudah pasrti ramai yang sudah tahu pencetus evolusi peranti, Nokia 3310 kembali dengan wajah baru dan sistem yang agak moden berbanding dengan Nokia 3310 yang asal.
Apa yang menariknya mengenai kebangkitan Nokia 3310 (2017) ini, sebuah syarikat di negara Rusia yang memfokuskan penawaran peranti mewah turut hadir dengan sebuah variasi yang dinamakan sebagai Nokia 3310 “Supremo Putin”.
Nokia 331o mewah ini sempena dengan Vladimir Putin, presiden Russia, dan turut menyertakan integrasi butang berasaskan kepada emas, dan akan dihiasi di dalam sebuah kotak kayu khas.
Okay, manakala harga Nokia 3310 “Supremo Putin” ini berharga 99,000 Russian Rubles (~RM7750) dan ianya sangat mahal jikalau dibandingkan dengan Nokia 3310 (2017) yang harganya jauh lebih murah.
Leave a Reply