Cincin Ikan Tersekat Di Jari Tengah, Ning Baizura Terpaksa Minta Tolong Abang Bomba

Penyanyi Ning Baizura berhadapan detik cemas apabila cincin berbentuk ikan yang dipakainya ketika membuat persembahan malam kelmarin tersekat di jari tengah tangan kirinya.

Disebabkan tersekat agak lama, jarinya membengkak dan Ning bergegas mendapatkan rawatan di klinik untuk menanggalkan cincin tersebut tetapi gagal.

“Ketika mahu membuat persembahan semalam, saya dalam keadaan sangat tergesa-gesa memaksa diri untuk memakai sebentuk cincin. Namun, ia sukar untuk ditanggalkan.

“Jadi, saya biarkan semalaman sehingga ibu dan suami saya menyuruh saya berjumpa dengan doktor untuk rawatan sewajarnya.

“Saya mencari pelbagai solusi di Internet untuk menanggalkan cincin. Saya cuba menanggalkan ia dengan sabun dan minyak tetapi tidak berjaya.

“Kemudian, doktor menyarankan saya ke balai bomba kerana pihaknya tidak mempunyai kelengkapan yang sepatutnya untuk menanggalkan cincin terbabit,” – jelas Ning di Instagram TV.

Menurut Ning, dia membiarkan cincin tersebut semalaman sehinggalah ibu dan suaminya menyuruh dia berjumpa dengan doktor untuk rawatan.

Disebabkan klinik terbabit tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk menanggalkan cincin tersebut, doktor menasihati supaya Ning meminta bantuan pihak bomba.

Ning kemudiannya bergegas ke Balai Bomba Jalan Pantai untuk menerima bantuan dan Ning dibantu oleh sepasukan anggota bomba menggunakan beberapa peralatan memotong logam bagi menanggalkan cincin terbabit.

Menerusi video yang dikongsi oleh Ning di Instagram TV Itu, pasukan bomba berjaya mengeluarkan cincin di jarinya dan dia urut berterima kasih kepada pasukan bomba yang profesional dan bertindak pantas untuk membantunya.

Video bomba keluarkan cincin ikan di jari Ning Baizura

1 Trackback / Pingback

  1. Cincin Ikan Tersekat Di Jari Tengah, Ning Baizura Terpaksa Minta Tolong Abang Bomba - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*