Aliff Syukri Merotan & Malukan Anak di Media Sosial, NGO Buat Laporan Polis

Sebelum ini Datuk Aliff Syukri memuat naik video memukul anak perempuannya yang berusia 9 tahun dengan rotan gara-gara membuka tudung tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen termasuk sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

LIHAT : (Video) Sajat Terpaksa Tunjuk ‘Dara’ Gara-gara Aliff Syukri

The Star melaporkan, Protect and Save The Children (P.S. The Children), ahli Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM) telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya kerana perbuatan itu disifatkan sebagai penderaan fizikal.

“Dia secara umum memalukan anaknya dengan rakaman video menyapu ubat di belakang badan anaknya untuk ditonton kira-kira 3.1 juta pengikutnya,” – CRCM.

CRCM juga berkata Aliff mendisiplinkan anaknya dengan cara ekstrem, bahkan memberikan penjelasan berhubung tindakannya itu.

CRCM turut memberitahu perbuatan merotan anak perempuannya merupakan penderaan fizikal dan satu kesalahan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan juga di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga.

CRCM menggesa polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengambil tindakan segera dan menyeluruh terhadap insiden itu.

Video Aliff Syukri menyapu ubat di belakang anak selepas memukul dengan rotan

Jawablah kat mahkamah nanti ye. Aliff Syukri berhadapan dengan tuduhan mendera kanak-kanak —> http://bit.ly/2V8OYOx⚡️Info pantas, join telegram 🔥 https://t.me/blogtehpanas

Posted by TEHPANAS on Wednesday, 1 May 2019

1 Trackback / Pingback

  1. "Video Tu Sebenarnya Untuk Promo Produk Terbaru Saya" - JKM Cari Aliff Syukri - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*