“Beratur Macam Rakyat Biasa” – Netizen Terharu Lihat Agong Beratur Di KFC

Kalau ‘‘makcik mulut puaka’ bengang sebab disuruh beratur dan lama menunggu untuk diambil pesanan di Chicken Rice Shop, berbeza pula dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beratur memesan makanan di kaunter KFC di Temerloh.

Menerusi laman Instaram @istana_negara, Al Sultan Abdullah kelihatan bersama beberapa pegawai pengiring serta Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak sedang memesan hidangan.

Menurut kapsyen yang dimuat naik itu, Baginda menikmati santapan tengah hari itu sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di bandar Temerloh.

Tindakan baginda turut menarik perhatian pelanggan dan kakitangan restoran berkenaan yang pastinya teruja melihat Al Sultan Abdullah beratur seperti rakyat biasa seperti didakwa oleh netizen untuk membeli hidangan di restoran KFC itu.

Rata-rata netizen memeberi komen di ruangan gambar dengan memuji dan terharu apa yang dilakukan Baginda serta menyifatkan Al Sultan Abdullah sebagai sultan berjiwa rakyat.

Posting itu turut mendapat komen dan maklum balas dari @kfcmalaysia yang mengatakan seluruh anggota dan pekerja KFC amat terharu kerana Baginda sudi menikmati hidangan di premis itu.

1 Trackback / Pingback

  1. “Beratur Macam Rakyat Biasa” – Netizen Terharu Lihat Agong Beratur Di KFC - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*