Masih lagi cerita mengenai penyanyi Zynakal yang ditahan pihak polis baru-baru ini kerana mencekik seorang pekerja di sebuah stesen sehingga didenda RM2,800 atas kesalahan terbabit.
BACA : Artis ‘BBNU’ Zynakal Didenda RM2,800, Cederakan Pekerja Stesen Minyak & Halang Kerja Polis
Menerusi video di Instagram, pelakon Nazim Othman turut meluahkan rasa simpati terhadap penyanyi lagu ‘Terbang’ itu dan mendakwa tindakannya itu bertentangan dengan karakter yang ditunjukkan dan berkemungkinan ia disebabkan beberapa faktor sehingga mendorong masalah emosi.
“Saya buat video ini untuk luahkan perasaan sedih bila dengar tentang Zynakal, secara peribadi kami tak kenal antara satu sama lain, saya mula ikuti di Instagram selepas lagu Terbang.
“Kadang-kadang ada berbalas komen di Instagram, dia kelakar dan sangat berbakat, bila dengar berita yang jadi dekat dia saya sangat sedih.” – luah Nazim dalam video.
Menurut Nazim, dia berpendapat tindakan luar kawalan yang dilakukan oleh Zynakal berkemungkinan mengalami penyakit berkait rapat dengan tekanan dan masalah kesihatan mental.
Nazim juga meminta orang ramai dan NGO supaya menyebarkan kesedaran tentang penyakit berkaitan dengan mental kepada orang awam secara lebih besar.
Sebelum ini, penyanyi rap Caprice bersama penyanyi Sufian Suhaimi turut membantu Zynakal untuk merawat yang dikatakan gangguan makhluk halus.
Video Nazim Othman Ulas Isu Zynakal Ditahan Polis
- baby Shima cium (1)
Leave a Reply