Kes Sudah Selesai, Motif Pembunuhan Kejam Mayat Dikerat 8 Terjawab!

Motif pembunuhan kejam mayat yang dikerat lapan bahagian di Kampung Ladang, Krubong, Melaka, pada Khamis minggu lalu akhirnya terjawab.

BACA : Facebook Suspek Kerat 8 Diserang Netizen, Adik Suspek Mohon Henti Kecaman

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Shahrul Laili Masduki memberitahu siasatan kes berkenaan sudah hampir selesai dan pihaknya dalam proses melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya.

“Kes sudah selesai selain suspek juga sudah ditangkap dan polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan.

“Motif pembunuhan dipercayai kerana rasa marah isu yang ditimbulkan oleh mangsa,” – jelas Shahrul Laili kepada Harian Metro.

Rupa-rupanya punca suspek sanggup membunuh isteri dan anak tirinya kerana marah dengan isu yang ditimbulkan oleh mangsa sebelum bertengkar dan akhirnya berlaku pembunuhan.

Menurut Shahrul Laili, beberapa individu termasuk ahli keluarga lelaki warga Singapura itu dijangka akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Buat masa ini belum lagi tetapi dalam proses untuk lengkapkan siasatan akan panggil termasuk keluarga suspek.

“Malah keputusan rasmi ujian saringan air kencing suspek belum diterima daripada hospital,” – Shahrul Laili.

Shahrul Laili menjelaskan lagi, pihak polis tidak dapat mengesahkan identiti mayat sehingga menerima keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh.

Sah! Kepala Dua Beranak Mati Dikerat Ditemui Di Siling Rumah Mangsa Sendiri

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*