Susulan viral gambar-gambar lelaki dan wanita bertatoo separuh bogel yang menyertai ekspo Ekspo Tattoo Malaysia 2019 sejak semalam di laman sosial, akhirnya menteri Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) telah bersuara.
BACA : Berang Ibu Mandi Bogel, Anak Belasah Ibunya
Menurut Datuk Mohamaddin Ketapi, adalah mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah seperti itu.
“Itu bukan budaya Malaysia, lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam.
“Kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur ekspo itu susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut.
“Saya sudah mengarahkan agensi di bawah MOTAC iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeB) untuk menyiasat perkara berkenaan,” – jelas Datuk Mohamaddin Ketapi kepada Harian Metro.
Jika dilihat backdrop pentas, ekspo yang berlangsung pada 29 November sehingga semalam itu turut mendapat sokongan MOTAC yang menyebabkan ramai pihak yang tidak berpuas hati.
Gambar separuh bogel peserta Ekspo Tatoo Malaysia 2019 yang viral di laman sosial
Dalam pada itu, Mohamaddin menjelaskan pihaknya sedang menanti laporan penuh siasatan dari MyCeB dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melanggar syarat yang telah ditetapkan.
Wanita Lakukan Ritual Jemur Bahagian Sulit Dakwa Mampu Tingkatkan Tenaga
Leave a Reply