“Hantu Itu Duduk Atas Balang Biskut” – Misteri ‘Lembaga’ Berhari Raya Terjawab

Gambar ‘lembaga’ seorang wanita dengan rambut mengerbang muncul bersama tetamu semasa hari raya ketiga viral di laman sosial sebelum ini dan ramai yang memberi reaksi masing-masing.

Ramlah Kassim menerusi Facebook memuatnaik gambar tersebut dan menjelaskan kejadian tersebut berlaku pada Hari Raya ketiga, Jumaat lalu di rumah abangnya di Jelebu, Negeri Sembilan.

“Misteri Syawal ke-3, ‘tetamu tidak diundang’ muncul di hadapan kami tanpa disedari. Biasa tengok dalam FB, ni kena kat diri sendiri… serammmm ni, naik bulu roma I tau,” – tulis Ramlah Kassim

Menurut Ramlah, gambar tersebut dirakamkan oleh anak saudara lelakinya dan dihantar ke dalam group WhatsApp pada waktu Maghrib, kira-kira pukul 7.58 malam.

“Anak buah saya ambil gambar di ruang tamu, dia terus kongsi di group WhatsApp saudara-mara kami. Dalam gambar tu ada nampak saya sekali yang sedang makan mi goreng.

“Lepas dua minit gambar tersebut dikongsi, kakak saya tiba-tiba yang tengah duduk bangun ajak saya ke luar rumah sebab nak beritahu sesuatu.” – Ramlah Kassim

Selepas gambar tersebut dikongsi, kakak Ramlah mengajak ke luar rumah dan menunjukkan gambar tersebut dan saya terkejut ada penampakan seperti seorang wanita dengan rambut mengerbang di dalam gambar dekat tempat saya duduk, memetik mStar.

Selepas memaklumkan perkara terbabit kepada semua keluarga, Ramlah tidak menghabiskan makanan mi segera dan tiada lagi ahli keluarganya yang mahu makan biskut tersebut dengan balangnya yang dibiarkan di sudut ruang tamu.

Bagaimanapun, tiada perkara aneh berlaku atau sesuatu menimpa keluarganya dan Ramlah menegaskan bahawa gambar tersebut adalah asli bukan disunting seperti mana yang didakwa oleh netizen.

Ramlah menjelaskan lagi, kehadiran entiti tersebut mungkin disebabkan mereka masuk ke dalam rumah abangnya itu sewaktu senja, Maghrib. Sebab itulah ‘lembaga wanita’ itu turut masuk ke dalam rumah tersebut.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*