Penduduk Minum Air Mayat Gadis Cantik Selama Setahun

Penduduk di sebuah perumahan mengadu air yang diminum oleh mereka terasa pelik dan aneh sedangkan hanya air kosong seperti diletakkan ‘perisa’.

Setelah disiasat, pihak berkuasa telah menjumpai mayat seorang wanita terapung yang dipercayai mayat Carmen Yarira Noriega Esparzadi dalam tangki simpanan air di blok perumahan di salah sebuah daerah di Mexico.

Sebelum ini, Carmen dipercayai hilang hampir setahun lalu dan disyaki telah diculik dan menjadi mangsa sindiket pelacuran memandangkan Carmen seorang yang cantik.

Selepas pihak polis menghentikan siasatan, ahli keluarga dan rakan Carmen cuba menghebahkan di laman media sosial seperti Facebook & Twitter untuk mengesan kehilangan Carmen, tapi sebenarnya gadis yang baik dan cantik ini berada di blok apartmentnya sahaja.


(Gambar Carmen Yarira Noriega Esparzadi)

Teori terbaru pihak berkuasa mendedahkan kemungkinan Carmen dibunuh oleh teman lelakinya yang merupakan seorang hartawan dan mempunyai kekasih baru terpaksa menghalau Carmen keluar dari apartment yang disewa, tetapi Carmen enggan keluar dari rumah dan terpaksa dibunuh.

Carian Anda :

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Rumah Diserbu Polis Gara-gara Bau Belacan Bakar - TEHPANAS
  2. Makan & Tidur Di Sebelah Mayat Ibunya Yang Kian Membusuk Selama 4 Bulan - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*