“Saya Bermimpi Masuk Ke Dalam Kaabah” – Michael Ang Dedah Mimpi Sebelum Peluk Islam

Selepas setahun merahsiakan penghijrahan, pengarah Michael Ang semalam telah memberitahu ada sebab tersendiri mengapa dirinya berbuat demikian.

BACA: Michael Ang Peluk Islam, Adam Corrie Menitis Air Mata Kegembiraan

“Sebenarnya sejak umur 14 tahun saya hanya percaya yang saya hanya ada satu Tuhan sahaja.

“Akan tetapi ketika itu juga, saya masih mencari-cari sehinggalah saya ada alami satu mimpi,” – Micheal Ang

Apa yang menarik perhatian, Micheal Ang juga mendedahkan mimpi yang dialaminya sebelum memeluk Islam.

Dia menceritakan dalam mimpinya seseorang membawanya masuk ke dalam ‘kawasan’ yang tidak pernah dia lihat sebelum ini.

Terbangun dari tidur, terus dia mencari jawapan melalui Google dan Youtube, ternyata ‘kawasan’ yang dia masuk itu adalah Kaabah.

Tak semua orang beruntung macam Micheal dapat menyaksikan keindahan di dalam Kaabah walaupun cuma dalam mimpi.

Video Micheal Ang Cerita Mimpi Sebelum Peluk Islam

Sumber : IG Media Hiburan

1 Trackback / Pingback

  1. "Pergi Mekah Dengan Lelaki Lain, Balik Dengan Lelaki Lain, Ketentuan Allah?" – Micheal Ang Terpaksa Komen Sebab Meluat - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*