Bayangkan jika anda terdesak hendak menggunakan wang tunai dan terus mencari mesin ATM untuk mengeluarkan wang dari akaun bank anda, tiba-tiba anda melihat paparan imej pada skrin mesin ATM terpampang, “This Copy Of Windows Is Not Genuine”.
Di manakah biasanya imej dan ayat seperti berikut ditemui? Ya, biasanya dilihat di komputer ataupun laptop yang menggunakan Windows tidak original (pirate) yang tidak menggunakan Windows yang sah.
Aneh bukan kalau mesin ATM Maybank terlihat imej dan ayat sebegitu. Adakah Maybank tidak menggunakan Windows yang original? Adakah Maybank tidak mampu membeli Windows yang original dan mempunyai Serial No. tersendiri untuk setiap pengoperasian mesin-mesin Maybank?
Seorang pengguna laman sosial Facebook, Amirul Hafiz telah memuatnaik gambar mesin ATM Maybank yang tertulis “This Copy Of Windows Is Not Genuine” pada skrin mesin ATM tersebut.
Amirul menghantar kepada pihak Maybank melalui mesej peribadi di Facebook dan akhirnya pihak Maybank memberi respon yang pihak mereka akan ajukan kepada unit berkenaan untuk semakan mesin ATM tersebut.
Menurut Amirul, mesin ATM yang bermasalah itu berada di salah sebuah pusat membeli belah di daerah Siburan Padawan, Kuching, Sarawak iaitu Eastern Mall.
Menurut satu sumber, mesin tersebut kemungkinan tidak dikemaskini oleh technician Maybank kerana proses mengemaskini mesin ATM tersebut sangat rumit memandangkan Windows yang digunakan oleh mesin ATM kebanyakkanya masih menggunakan Windows XP.
TehPanas – Jangan kena saman dengan Microsoft ye Maybank. Tapi kena saman pun takda hal sebab Maybank kaya… Ahaks!
Leave a Reply