Memakai Skirt Di Tempat Awam, Model Ini Disiasat Polis

Gara-gara berpakaian seksi dengan memakai skirt dan berbaju singkat di tempat awam dan memuat naik video, wanita yang merupakan seorang model ini disiasat oleh pihak polis.

Wanita Saudi yang dikenali sebagai Khulood itu didakwa bersiar-siar di tempat bersejarah di Ushayqir, Arab Saudi lalu memuat naik klip video tersebut di laman sosial Snapchat menyebabkan ramai netizen terutamanya rakyat Arab Saudi berang.

Rakyat Arab Saudi mendesak pihak polis agar Khulood ditahan kerana gagal mematuhi kod pakaian yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Jika diikutkan, golongan wanita di Arab Saudi dikehendaki untuk mengenakan ‘abaya’, sejenis pakaian longgar dan panjang serta perlu bertudung.

Kerana kesalahan itu, polis agama Arab Saudi sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai kesalahan wanita tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*