Mayat Bayi Berbau Wangi Di Dalam Tong Sampah

Mayat bayi yang dipercayai menjadi mangsa buang bayi telah dijumpai oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Santa, berusia 40-an di dalam tong sampah di sebuah kondominium mewah di Taman Melati, Kuala Lumpur.

Lelaki tersebut yang merupakan pengawal keselamatan kondominium tersebut mendakwa mayat bayi tersebut berbau wangi dan harum walaupun ditutupi sampah sarap di dalam tong sampah tersebut.

Dalam kejadian 9.30 pagi semalam, Santa menjumpai mayat bayi lelaki ketika mahu membuang bungkusan sampah di dalam tong sampah itu.

 

“Saya segera membuka tong sampah itu sebelum menemui mayat bayi yang baru dilahirkan.

“Anehnya saya tidak menghidu bau busuk sebaik pembuka tong sampah itu dibuka. Sebaliknya mayat bayi itu berbau harum walaupun sudah mati dalam tempoh lebih 24 jam,” katanya.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*