Semenjak kebelakangan ini, isu rumah tangga pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim sering menjadi bahan bualan apabila didakwa mengalami pergolakan.
Menurut Mawar, dia mengakui mendapatkan khidmat nasihat peguam dan merujuk pda pejabat agama untuk mendapatkan nasihat mengenai isu rumah tangga mereka.
“Sebelum ini memang saya ada rujuk pada pejabat agama, peguam dan pakar motivasi perkahwinan untuk mendapatkan nasihat mengenai isu rumah tangga kami,” – Mawar Karim
“Semua orang impikan kebahagiaan dalam rumah tangga. Cuma, apa pun yang berlaku biarlah antara suami isteri saja yang tahu,” – Mawar Karim.
Mengenai luahan hati suaminya di Facebook, kelmarin, yang seolah-olah menggambarkan keretakan rumah tangga dibina sejak enam tahun lalu, Mawar tidak mahu memberi komen mengenainya, memetik Harian Metro.
Menerusi laman Instagram Mawar, dia memuat naik status menganggap setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan berharap orang ramai tidak cepat membuat penilaian dan spekulasi sendiri.
Leave a Reply