“Ramai Dah Kena Tipu” – Cuba Umpan Janda, Mat Pet Kantoi Menyamar Jadi Askar

Dengan berbekalkan pakaian seragam celoreng tentera, ramai gadis yang telah menjadi mangsa kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Angga Deri Klana (Deka) di Indonesia.

Menerusi perkongsian daripada Facebook Info Militer Indonesia, viral gambar Deka yang berpakaian lengkap seragam Tentara Nasional Indonesia (TNI) bersama kekasihnya yang menjadi mangsa tipu.

Menurut portal TribunNews, Deka akan memakai serangam anggota tentera untuk mengumpan gadis-gadis menjadi kekasihnya dan secara perlahan-lahan dia akan meminta duit kepada gadis tersebut debgan bermacam-macam alasan.

Bagaimana pun, penyamarannya kantoi apabila pakaian seragam yang dipakainya menggunakan pangkat yang berbeza-beza.

Selepas bertahun-tahun berjaya mengaburi mata mangsa, taktik yang sama dia gunakan untuk mengumpan gadis akhirnya kantoi apabila dia cuba hendak dating pertama kali bersama seorang janda.

Berbeza dengan sebelum ini, kali ini Deka menyamar menjadi seorang anggota Polis daerah Majalengka pula dan datang ke rumah si janda untuk membolot harta wanita terbabit.

Menurut cerita Deka, dia mengaku yang dia kononnya dalam proses penceraian dengan isterinya lalu dia menjalinkan hubungan cinta dengan si janda.

Apabila sudah menjalinkan hubungan cinta, janda tersebut meminjamkan Deka sebuah motosikal untuk dia menjenguk anak-anak dia.

Si janda hairan apabila Deka tidak memulangkan semula motosikalnya dan selepas dia mengetahui kejadian sebenar, wanita itu terus membuat laporan polis.

Akhirnya, Deka telah ditangkap dan didapati dia ni sebenarnya cuma seorang penagih dadah dan  berhadapan 4 tahun penjara jika disabitkan kesalahan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*