“Saya Manusia Pertama Gembira” – Mark Adam Berdoa Ibunya Memeluk Islam

Semalam nama penyanyi Mark Adam menjadi perbualan hangat selepas berkongsikan video dia menghadiahkan sebuah rumah kepada ibunya, Florenda Macaraig Echivarre.

BACA : Mark Adam Tersenarai ‘Top 5’ ABPBH Ke-32

Menurut Mark, sejak kebelakangan ini ibunya sering bertanyakan mengenai Islam selepas suka melihat tingkah laku Mark selepas memeluk Islam, memetik Harian Metro.

“Saya tidak akan memaksa ibu menukar agama tetapi jika dia memeluk Islam, saya manusia pertama yang gembira dan bersyukur,

“Apabila saya memeluk Islam pada 2003, saya menikmati ketenangan dan perubahan. Antara yang dipelajari adalah menghormati orang dan agama lain. Saya percaya Islam agama yang benar dan berdoa ibu mengikuti jejak langkah saya,” – Mark Adam.

Menurut Mark, dia adalah orang pertama yang gembira dan bersyukur seandainya ibunya memeluk Islam serta berdoa ibunya turut mengikut jejak langkahnya.

Malah, Mark memberitahu Islam juga mengajarnya persediaan ketika hidup dan selepas meninggal dunia dan bersyukur kerana isteri, Nor Azah Redzuan serta bapa mentuanya banyak membantu mengenai ajaran Islam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*