Seorang lelaki yang dipercayai mengalami tekanan perasaan membakar dirinya selepas seluruh tubuhnya dipenuhi minyak petrol.
Lelaki yang berusia 40-an itu dipercayai mengalami tekanan perasaan sehingga cuba membunuh diri dari kawasan belukar di Sri Gombak, Gombak.
Lelaki tersebut akhirnya terjun ke dalam berdekatan selepas tubuhnya dijilat api kerana tidak tahan dengan kesakitan yang dialaminya.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Selayang Nor Aini Iman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.08 tengah hari daripada orang awam.
Sebuah jentera dan lapan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian membantu mangsa yang membakar diri sebelum terjun ke dalam kolam dan ditemui dalam keadaan lemah oleh anggota penyelamat.
Leave a Reply