Lucinta Luna Ditangkap Miliki Dadah, Polis Mati Akal Nak Letakkan Di Lokap Lelaki Atau Wanita

Semalam gempar di Indonesia, malah peminat artis sensasi Indonesia, Lucinta Luna di Malaysia juga turut terkesima apabila artis transgender itu ditahan pihak polis selepas terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstacy.

Semalam laporan berita tempatan ada mengatakan pihak polis serba salah hendak memasukkan Lucinta di dalam lokap lelaki atau lokap perempuan memandangkan jantina sebenarnya lelaki tetapi luarannya seorang wanita.

Bagaimana pun, Lucinta Luna atau nama sebenarnya, Muhammad Fatah akhirnya dimasukkan ke sel khas di Rutan Narkoba Polda Metro Jaya, Indonesia bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Menurut portal CNN Indonesia, Pengarah Tahanan dan Barang Bukti (Dirtahti) Polda Metro Jaya AKBP Barnabas mendedahkan, sel tahanan penyanyi lagu Bobo Di Mana itu berada di blok wanita.

“Dia dimasukkan di blok wanita tapi ruangan khusus secara bersendirian tanpa tahanan lain” – jelasnya lagi.

Penyanyi yang pernah berduet dengan rakan karibnya, Dato’ Aliff Syukri dan Nur Sajat itu ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada 1.30 pagi Selasa.

Memetik portal Suara.com, dadah yang dimiliki oleh Lucinta hanya bernilai sekitar 80 sen sahaja. Murahhh betul! Hahaha!

1 Trackback / Pingback

  1. Lucinta Luna Ditangkap Miliki Dadah, Polis Mati Akal Nak Letakkan Di Lokap Lelaki Atau Wanita - Hmetro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*