“Bukan Paksaan & Kehendak Sesiapa” – Lisa Surihani Jelaskan Tampil Berhijab

Gambar Lisa Surihani tampil berhijab mendapat perhatian peminat dan netizen apabila Lisa memuat naik 4 keping foto di laman Instagram miliknya awal pagi tadi.

Lisa berharap dia dapat kekal dengan imej berkenaan dan menganggap keputusan sama ada mahu kekal bertudung atau sebaliknya, menjadi suatu hal yang terlalu peribadi, memetik Berita Harian.

“Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan.

“Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu.

“Bimbang kalau saya terus muat naik foto memakai tudung, seolah-olah mahu meraih pujian sesama insan.

“Ia sangat peribadi, sebab itu saya ambil masa yang agak lama untuk memuat naik gambar ini. Saya harap terus istiqomah dalam hal ini dan melakukannya kerana Allah. Jauh sekali atas tekanan atau kehendak sesiapa,” –  Lisa Surihani.

Bagaimana pun, dia turut mengakui mahu berubah menjadi individu yang lebih baik kerana sebagai manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan.

Dia juga menceritakan mengerjakan umrah bersama suami, anak dan keluarga baru-baru ini adalah detik yang begitu indah.

View this post on Instagram

Was invited to an event organised by Snap Inc here in Malaysia for a chat session entitled : IRL vs URL Friendships. Are real friends overrated? at Boba Tea. With @rockerina as our gracious host, my loving bestie @ilisulaiman , and I alongside Dr Hafeeza a sociologist and researcher, we spoke about the friendship scene here in Malaysia. A topic very close to heart. It was insightful to learn what was derived from the study and survey done by Snap Inc in the effort of highlighting the importance of friendship in our lives. It was interesting to learn that their studies showed amongst many things that Gen Z (born 1996-) (37%) is moving towards smaller and more intimate circles. And that they gravitate towards honesty in their friendships.

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. “Bukan Paksaan & Kehendak Sesiapa” – Lisa Surihani Jelaskan Tampil Berhijab - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*