Berang dipecat majikan, sebuah video rakaman memaparkan seorang lelaki bertindak menikam leher seorang wanita yang merupakan pengurus restoran tempat dia bekerja menggunakan pisau Ahad lalu viral di media sosial.
BACA : Bengang Diejek Gemuk, Gadis Tikam Teman Lelaki Sampai Mati
Kejadian yang berlaku di Restoran Banainai, tingkat 1 Mall Pluit Village, Penjaringan, Jakarta Utara, itu didakwa berpunca lelaki berusia 22 tahun itu tidak berpuas hati kerana mangsa melaporkan kepada majikan bahawa dia dipukul oleh suspek sebelum ini.
Menurut laporan Kompas.com, suspek yang dikenali sebagai Yogi Dawamul bengang dengan tindakan mangsa, Asela Rumapea, 36 tahun itu kerana melaporkan perkara kepada pihak atasan.
Pada mulanya, Asela meninggalkan Dawamul di situ sebelum kembali dan membincangkan pelbagai perkara, namun Dawamul seperti tidak berminat untuk menyambung perbicangan mereka.
Semakin banyak perkara dibangkitkan oleh Asela menyebabkan Dawamul tidak dapat lagi menahan marahnya dan terus mengambil pisau di dapur restoran mereka lalu terus menikam leher Asela.
Asela berjaya melarikan diri dari restoran untuk mendapatkan bantuan dari orang ramai di shopping mall itu menyebabkan suasana menjadi riuh rendah.
Dilihat dari video yang dikongsi oleh netizen di Twitter, Asela terbaring di lantai dan dibantu oleh tiga lelaki yang cuba mengangkatnya.
Dawamul ditahan polis dan mengaku membunuh Asela dengan menikam leher mangsa, manakala Asela meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.
Video Lelaki Tikam Pengurus Restoran Kerana Takut Dipecat
Kejadian di Pluit Village. Infonya pekerja berantem. Pekerja supervisor cowo nusuk managernya yg cewe. Serem yah jaman sekarang. pic.twitter.com/PnDsA37G1e
— Kuper Aku Tuh (@AkuKuper) August 25, 2019
Leave a Reply