Mesti salah seorang daripada korang suka main pegang-pegang, sentuh-sentuh ‘telur’ atau kemaluan rakan korang kan?
BACA : Bunuh Rakan Kerana Masak Tak Sedap, Suspek Dijatuhkan Hukuman Gantung
Kalau korang suka tabiat tu, baik hentikan sekarang sebab tak mahu korang pulak jadi mangsa rakan korang yang bengang nanti macam lelaki daripada Taiwan ni, tak pasal-pasal mati kena pukul sebab suka sentuh kemaluan rakannya.
Cerita dia macam ni, lelaki yang dikenali sebagai Jian dan Xiao adalah rakan lama dan secara tak langsung, Xiao menyewa rumahnya untuk Jian tinggal.
Dalam kejaidan 22 Disember 2017 itu, Jian mengajak Xiao untuk minum (arak) di rumahnya pada jam 10 malam dan sepanjang mereka minum, Xiao asyik memegang lengan Jian.
Mungkin tidak puas menyentuh lengan, Xiao bertindak membuka zip seluar Jian dan terus menyentuh alat kelamin Jian berulang kali.
Pada mulanya, Jian masih dapat bersabar dan memberitahu dia tidak suka ‘telur’ disentuh dan menepis tangan Xiao tetapi tidak diendahkan oleh Xiao.
Apabila tahap kesabaran Jian hilang, dia terus memukul Xiao dengan menggunakan tangan dan kaki meja (besi) menyebabkan Xiao melarikan diri tetapi gagal.
Jian terus memukul Xiao yang kebetulan sudah mabuk yang akhirnya terjatuh di atas katil tempat tidur Jian lalu terus tertidur.
Pada keesokan harinya, lebih kurang pukul 1 petang, Jian terkejut apabila melihat Xiao tidak sedarkan diri dan jantung serta nafasnya terhenti.
Jian terus menghubungi dan meminta teman wanitanya menghubungi pihak polis, manakala dia membawa Xiao ke hospital, namun Xiao telah disahkan meninggal dunia.
Bedah siasat dijalankan dan dapati wajah Xiao didapati lebam, pendarahan pada kulit kepala, kecederaan pada dada dan anggota badan serta tulang rusuknya banyak yang patah.
Akhirnya, Jian dituduh membunuh Xiao dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun semalam dan hakim menjelaskan bahawa Jian sengaja diprovokasi oleh Xiao serta sudah berdamai dengan ahli keluarga Xiao.
Sumber : World Of Buzz
Leave a Reply