Lelaki Kahwin Dua Serentak Dipanggil Jabatan Agama Islam Sabah

Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai seorang lelaki yang berasal dari Sabah mengahwini dua gadis secara serentak telah dipanggil oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

BACA : Tidak Sampai Hati Kecewakan Dua Kekasihnya, Lelaki Kahwin Dua Wanita Serentak Dengan Mas Kahwin RM2.90

Pengantin baru di yang melangsungkan perkahwinan di Kampung Pukas, Semporna Jumaat lalu itu dipanggil oleh JHEAINS bagi melengkapkan prosedur perkahwinan mereka.

Menurut Jamaluddin Dasi, Pegawai JHEAINS Daerah Semporna, pihaknya sedia membantu pasangan poligami itu termasuk menyelesaikan isu ‘kahwin kampung’, jika pengantin terbabit menggunakan jurunikah tidak bertauliah ketika proses pernikahan.

Jamaluddin menjelaskan lagi, perkahwinan itu hanya dianggap sah mengikut undang-undang syariah negeri dan didaftarkan jika ia menggunakan jurunikah bertauliah yang dilantik JHEAINS selain mematuhi prosedur ditetapkan termasuk berkaitan permohonan berpoligami.

“Kami mendapat maklumat berkaitan perkahwinan itu menerusi berita yang tersebar melalui media sosial semalam dan sejurus selepas itu kami membuat keputusan untuk menjalankan siasatan kerana sebelum ini tiada kes perkahwinan seperti ini dibawa ke JHEAINS.

“Kami sudah ke kampung pasangan pengantin terbabit seperti yang dikatakan dalam berita itu untuk menjalankan siasatan dan membantu pasangan berkenaan malangnya penduduk kampung yang ditemui tidak mengetahui perkara itu,” – Jamaluddin Dasi.

Terdahulu, menurut Harian Metro, pengantin lelaki berkenaan sudah bertunang dengan seorang daripada gadis terbabit di Kota Kinabalu sebelum mengenali dan bercinta dengan seorang lagi gadis ketika berpindah kerja di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul.

Lelaki tersebut terpaksa mengahwini kedua-duanya kerana tunang dan kekasihnya mengajak dan mendesak untuk berkahwin.

Tidak Sampai Hati Kecewakan Dua Kekasihnya, Lelaki Kahwin Dua Wanita Serentak Dengan Mas Kahwin RM2.90

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*