Skandal Diserang Oleh Isteri & Rakannya, Lelaki Ini Sanggup Dipukul Untuk Jadi ‘Hero’

Siapa yang tak sayang suami kan? Dan siapa yang tak sayang skandal kan? Ehh… Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki di Fanchang, China yang sanggup menjadi penghadang kepada skandalnya daripada dipukul oleh isteri dan rakannya.

BACA : “Aku Nak Puas Pun Susah” – Skandal Doktor Dedah Punca Curang Dengan Suami

Dilihat dari rakaman video berdurasi 2 minit 3 saat yang dikongsikan oleh portal Daily Mail, seorang wanita mengamuk menyerang suami dan teman wanitanya.

Pergelutan ganas itu menyebabkan baju teman wanita terkoyak sehingga separuh bogel dan si suami terpaksa bertindak melindungi teman wanitanya daripada dibelasah teruk oleh isterinya.

Lelaki itu menghalang isterinya daripada memukul teman wanita yang sudah tidak berbaju itu dan berteriak menyuruh isterinya berhenti memukul.

Namun, tindakannya itu menyebabkan isterinya bertambah bengang dan pada masa yang sama, kaki isterinya hinggap ke atas kepala wanita itu.

Tak cukup dengan tu, si isteri rentap rantai emas si suami dan terus melibas belakang suaminya itu menyebabkan orang di sekeliling yang mulanya cuba untuk meredakan akhirnya mebiarkan sahaja dan tidak berani masuk campur.

Akhirnya, si suami meminta orang ramai menghubungi pihak polis sambil isterinya memukul suaminya dengan menggunakan kasut.

Video lelaki jadi ‘hero’ selamatkan skandal dari dibelasah isteri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*