Lelaki Ini Tetak Kawan Kerana Bengang Kawannya Lagi Kuat Berdengkur

Dua lelaki yang kuat berdengkur semasa tidur telah ditempatkan oleh syarikatnya dalam satu bilik di asrama pekerja berkenaan.

Kononnya, masalah mengganggu pekerja lain akan selesai apabila dua lelaki yang mempunyai masalah berdengkur yang kuat sehingga mengganggu tidur teman sebilik mereka.

Malangnya, masalah baru pula yang timbul apabila dua lelaki terbabit sukar tidur kerana terganggu dengan dengkuran masing-masing.

Tetapi, seorang daripada mereka bertindak menetak rakan sebiliknya dengan pisau pemotong daging hingga cedera parah selepas bertengkar mengenai masalah berdengkur yang dihadapi oleh mereka.

Kejadian ini berlaku di sebuah asrama pekerja di Wenzhou, Zhejiang, China menyebabkan mangsa cedera parah di bahagian kepala dan perut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*