Berubah Menjadi Gay Kerana Aplikasi Dalam iPhone, Lelaki Ini Saman Apple RM64,000

Siapa sangka gara-gara aplikasi dalam telefon pintar, seorang lelaki boleh mengubah akses seksualnya daripada lelaki sejati kepada seorang yang meminati hubungan sejenis.

BACA : Cerai Isteri Untuk Kejar Cinta & Berkahwin Dengan Kekasihnya Seorang Mak Nyah

Inilah yang terjadi kepada D Razumilov yang mendedahkan dia tertarik terhadap hubungan sejenis pada musim panas ini selepas menggunakan aplikasi cryptocurrency yang dimuat turun ke iPhone miliknya sejak 2017 lalu.

Lelaki berasal dari Moscow itu terus memfailkan saman terhadap Apple dengan mendakwa Apple sengaja mendorongnya untuk berubah menjadi homoseksual dan disebabkan perkara itu, dia kini mengalami masalah mental.

“Saya boleh mengatakan selepas dua bulan menjalinkan hubungan sejenis, saya sukar untuk kembali normal,

“Saya juga mempunyai teman wanita yang cantik dan saya tidak tahu bagaimana hendak menjelaskannya kepada orang tua saya.” – D Razumilov.

Dalam aduan Razumilov, dia meminta ganti rugi daripada Apple sebanyak £12, 459 (RM64,380) dan mengatakan dia menerima 69 GayCoins menerusi aplikasi tersebut.

Mahkamah Daerah Presnensky di Moskow memfokuskan pada pengadilan pada hari Rabu, menurut pangkalan data mahkamah.

Sumber : Daily Star

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*