Seorang lelaki diserang penyakit misteri yang menyebabkan benjolan tumbuh di seluruh badan kini hidup sebatang kara akibat ditinggalkan isteri dan tidak dipedulikan oleh keluarganya.
Lelaki yang dikenali sebagai Urip, berusia 50 tahun ini mendakwa benjolan itu mula tumbuh ketika dia berusia 18 tahun dan kini ia merebak keseluruhan tubuh.
“Saya berusaha merawat penyakit ini dengan berjumpa ramai doktor dan bomoh, tetapi benjolan ini masih tidak hilang.
“Selama beberapa tahun benjolan ini tumbuh semakin banyak sehingga penuh di seluruh badan saya,” – Urip
Bukan sahaja isterinya yang meninggalkannya apabila isterinya mint cerai, malah adik dan kakak saya juga sudah lama tidak bertanya khabar dan melawat Urip.
Dia menyara kehidupannya dengan menyewa bilik di rumahnya dan menjaga lalu lintas di satu persimpangan di kampung Pasir Jaya, Tangerang, Jakarta, Indonesia.
Leave a Reply