Seorang lelaki di Dupak Bandarejo, Surabaya, Indonesia mengaku dirasuk syaitan semasa merogol adik iparnya yang berusia 14 tahun sebanyak 7 kali.
BACA : Murid Tahun 5 Rogol Kakak Saudara, Mengaku Sudah Lakukan 4 Kali
Memetik Tribun Jakarta, lelaki yang dikenali sebagai M Faisal ini baru sahaja berkahwin dengan isterinya TI empat bulan yang lepas dan adik iparnya, CT tinggal bersama mereka kerana ayah dan ibu mereka sudah bercerai.
Selepas dua bulan tinggal bersama-sama, melihat adik iparnya yang masih muda dan masih bersekolah itu, Faisal tidak dapat menahan nafsu dan merogol CT semasa isterinya tiada di rumah.
Namun, perbuatan Faisal terbongkar selepas isterinya melihat Faisal bersama CT tanpa memakai pakaian di dalam bilik mandi.
Menurut mangsa, dia takut menceritakan kejadian kepada sesiapa kerana bimbang akan merosakkan kebahagian kakaknya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan itu.
Sementara itu, semasa merogol adik iparnya itu sebanyak tujuh kali, suspek yang berusia 26 tahun itu mengakui dirasuk syaitan dan memberitahu dia akan memegang erat tangan mangsa serta mengugut supaya tidak berteriak.
Akhirnya, kakak kepada mangsa terus melaporkan perbuatan suaminya itu ke Mapolrestabes Surabaya dan Faisal ditahan polis pada 28 Ogos lalu serta akan dijatuhkan hukuman 15 tahun jika disabitkan kesalahan.
Leave a Reply