Muat Naik Video Aksi Rogol Bayi Perempuannya, Lelaki Ini Dipenjara 70 Tahun

Seorang lelaki memuat naik video ganas dan aksinya merogol bayi perempuannya yang berusia setahun ke laman web gelap dijatuhi hukuman penjara maksimum 70 tahun.

Lelaki yang dikenali sebagai James Lockhart telah dijatuhi hukuman itu Khamis lalu kerana menerbit, mengedar dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan mengaku bersalah atas tuduhan itu pada Mac lalu.

Lockhart telah menghasilkan empat siri video tindakannya mendera secara seksual secara ganas terhadap bayi itu antara Mac 2016 hingga Februari 2018 dan kemudiannya menyiarkan video itu di forum laman web gelap menggunakan nama samaran ‘Strange Wood’ dan ‘HarWood’.

Hasil penyiasatan telah menjumpai lebih banyak video dan imej penderaan seksual terhadap kanak-kanak dalam simpanan Lockhart.

Lockhart ditangkap pada 5 Oktober lalu, selepas ejen Keselamatan Dalam Negeri menggeledah rumahnya di Bradenton dan menemui imej itu di dalam komputernya.

Sumber : New York Post

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Rogol Pengantin Baharu, Lelaki Ini Berhadapan Penjara Maksimum 30 Tahun & Sebatan - HOIVIRAL
  2. Rogol Anak 3 Kali Seminggu Sejak 6 Tahun Lalu, Seorang Bapa Diburu Polis - HOIVIRAL
  3. Bayi 16 Bulan Koma Didera Secara Seksual Oleh Boyfriend Ibu - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*